Halaman

Rabu, 10 Mac 2010

Youtube Sebagai Sumber Pembelajaran Dan Maklumat

Mengejutkan bukan! Ramai remaja seperti saya banyak menghabiskan masa menonton video clip di youtube. Ramai juga ibubapa yang beranggapan youtube boleh memberi pengaruh yang tidak baik kepada anak mereka. Mereka bimbang anak mereka membuang masa atau meniru perkara-perkara yang tidak baik dalam youtube sebagai contoh mereka suka menonton dan meniru gelagat-gelagat mat rempit di dalam youtube.

Sebenarnya banyak kandungan di dalam youtube baik dan elok dikongsikan bersama, banyak tutorial yang berguna dan bermanfaat untuk dijadikan panduan. Caranya mudah, sebagai contoh jika saya mahu belajar cara membuat blog apa yang harus saya lakukan ialah. Pada ruangan search pada laman youtube anda perlu taipkan "how to make a blog" keputusan anda akan mendapat tutorial yang mengajar langkah demi langkah menghasilkan blog. Bukan setakat membuat blog saja banyak perkara lain yang diajar di dalam youtube termasuklah cara membuat karipap. Jadi selepas ini tidak perlulah kita mencari atau menanyakan kepada orang lain untuk menunjukkan kepada kita cara-cara membuat sesuatu. Jalur lebar sangat memudahkan kerja seharian kita. Tunggu apa lagi! Terdapat berjuta-juta kandungan tutorial di youtube yang sangat berguna kepada kita, cubalah sekarang.




Inilah hasil apabila menaip how to make a blog




Tutorial mengajar bagaimana menghasilkan laman web percuma


Sihatkan Badan Anda, Marilah Bersukan!

Jangan salah paham, saya sebenarnya mengajak anda semua menyertai saya bersukan dengan fantasy football melalui jalur lebar. Walaupun bersukan tetapi tidak mengeluarkan peluh, cuma mungkin dahi sahaja yang berpeluh memikirkan strategi apa yang anda perlukan untuk mendapatkan ranking yang tertinggi. Mungkin anda semua tidak tahu, di internet terdapat banyak laman web yang menganjurkan fantasy football untuk liga inggeris.

Caranya mudah saja, anda perlukan daftar diri anda, kebiasaannya anda perlu daftarkan diri sebelum liga inggeris bermula pada setiap musim. Pilih pemain pilihan anda mengikut bajet yang diberi dan mengikut pasukan pilihan anda, kebiasaannya pemain yang hebat sangat mahal untuk dibeli. Setiap minggu sebelum perlawanan anda perlu menyusun pemain anda sebelum perlawanan sebenar berlangsung. Kutipan mata adalah berdasarkan kepada perlawanan sebenar liga inggeris dimana jika pemain anda menyumbatkan gol anda akan mendapat markah dan jika pemain anda bolos markah akan ditolak. Begitu juga jika pemain anda melakukan kesalahan dikenakan kad merah, markahnya akan ditolak. Selain bertujuan untuk bersuka-suka dan melapang fikiran sebenarnya jika anda menang dan mendapat ranking tertinggi anda akan mendapat hadiah termasuklah di bawa ke England untuk menonton perlawanan bola secara langsung dan terdapat hadiah-hadiah lain juga.

Walaupun ini bukan sukan sebenar, tetapi saya mendapat banyak mengetahuan tentang liga inggeris seperti nama-nama pemain serta pasukannya, statistik setiap pemain termasuklah jaringan, umpanan, bolos, kecederaan dan lain-lain lagi. Maklumat lengkap seperti tersebut kita tidak akan dapat daripada akhbar-akhbar harian, selamat mencuba.

Antara laman web kesukaan saya ialah:-
http://fantasy.premierleague.com
http://fantasy.stadiumastro.com



Ini adalah pasukan terbaik saya ranking 6,657 daripada
2,282,422 orang peserta lain dari seluruh dunia.



Pasukan saya mendapat tempat 213 daripada
80,768 pasukan yang menyertai



Hadiah untuk pemenang fantasy.premierleague.com



Hadiah daripada pihak Astro untuk
pemenang fantasy.stadiumastro.com

Ahad, 7 Mac 2010

Mari Membeli Belah Di Internet

Jalur lebar bukan sahaja mengubah cara hidup tetapi juga cara kita membeli belah. Apakah kelebihan membeli belah di internet? Pada pendapat saya berikut ada kelebihan membeli belah di internet:-
  • Mempunyai banyak pilihan - dimana kita dapat membeli barangan daripada penjual yang terdapat di serata dunia. Jika sebelum ini, untuk membeli belah saya akan pergi ke bandar Pekan atau Kuantan dan sekali sekala ke Kuala Lumpur untuk membeli belah.
  • Menjimatkan masa - untuk membeli belah atau mencari sesuatu barangan kita perlu meluangkan banyak masa seperti tempoh perjalanan dan masa untuk ke satu kedai ke kedai yang lain. Kadang-kadang kita terpaksa meluangkan hampir sehari suntuk untuk membeli belah. Membeli belah secara dalam talian anda cuma perlu menggunakan komputer sahaja.
  • Harga yang murah - Selain daripada terdapat banyak pilihan, di internet juga kita boleh mendapatkan harga barangan lebih murah berbanding harga di pasaran. Sesetengah laman internet menjual barangan secara lelongan dimana harga barangan tersebut ditawarkan bermula daripada RM1. Sebagai contoh, ibu saudara saya baru sahaja membeli telefon bimbit baru jenama LG GD900 dengan harga RM1,499.00 di lelong.com.my dimana harga pasaran untuk telefon bimbit tersebut ialah RM1,999.00.
Berikut adalah antara laman web yang saya selalu kunjungi untuk membeli belah:-


http://www.emmagem.com
menjual berbagai pakaian dan aksesori untuk wanita dan lelaki


Menjual berbagai barangan daripada daripada penjual-penjual yang berdaftar. Anda juga boleh menyertai lelongan untuk mendapatkan harga yang paling rendah

Berbelanja Melalui Jalur Lebar

Tajuk ini agak menarik untuk dikongsikan dengan semua, lebih-lebih lagi remaja seperti saya. Seperti semua maklum, jika hendak membeli belah atau memesan barangan yang dijual di internet kita memerlukan transaksi perbankkan atau kredit kad. Bagaimana pelajar seperti saya yang berumur 17 tahun ingin mendapatkan kredit kad sedangkan saya masih lagi dibawah umur dan tidak mempunyai pendapatan tetap? Jawapannya sangat mudah, anda boleh dapatkan debit kad. Terdapat banyak bank yang menawarkan debit kad tetapi untuk mendapatkannya anda perlu membuka akaun terlebih dahulu dan untuk membuka akaun anda memerlukan wang sebagai syaratnya.

Apa yang hendak saya kongsikan ini ialah anda boleh mendapatkkan debit kad visa tanpa perlu pergi ke bank dan hanya perlu membayar caj permulaan sebanyak RM12.00 sahaja. Debit card yang saya maksudkan ialah card pulse yang di keluarkan oleh Tunemoney.com.


Pulse Card untuk remaja oleh Tunemoney.com

Apa yang perlu anda lakukan ialah daftarkan maklumat diri anda di laman web tersebut dan dalam tempoh beberapa hari sahaja debit kad pulse anda akan sampai melalui pos. Dengan adanya debit kad seperti ini, anda boleh menjadi seperti saya membeli belah di internet, menonton wayang atau anda juga mungkin boleh menempah tiket kapal terbang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Tunemoney.com atau anda boleh lihat maklumat tersebut di bawah ini.

Pulse Card

Berita baik untuk para remaja! Pulse Card adalah kunci kebebasan anda! Direka khas untuk remaja dan para pelajar, ia selamat dan merupakan cara yang terbaik bagi pengurusan kewangan. Ia menghadkan perbelanjaan berdasarkan nilai baki yang ditambah supaya anda tidak boros berbelanja.

Pulse Card mempunyai ciri-ciri yang menarik, nilai terhebat dan pekej insurans yang unik bagi setiap pemegang kad. Ibubapa anda juga dapat memantau perbelanjaan anda melalui sistem pantauan transaksi online kami. Jadi, berbelanjalah dengan bijak!

Kad Prabayar Remaja

  • Pulse Card bukanlah kad kredit.
  • Ia adalah kad prabayar dimana anda tidak perlu lagi untuk membawa wang ketika berbelanja, sebaliknya anda boleh memilih untuk membawa kad ini dan ini membuatkan ia lebih selamat digunakan.
  • Kad ini bukan sahaja memberi khidmat keselamatan, ia juga menawarkan kemudahan kepada anda. Hanya dengan satu klik mudah, anda boleh mengetahui jumlah perbelanjaan dengan menyemak akaun melalui portal TM.
  • Pulse Card juga adalah kad Visa, jadi ia diterima di mana saja termasuk 29 juta cawangan di seluruh dunia yang menawarkan khidmat Visa.
  • Tambahan Nilai:
    • Di kaunter CIMB dan Bank Simpanan Nasional
    • Melalui FPX
  • Pengeluaran tunai melalui mesin ATM.
  • Perlindungan insurans termasuk liputan PA sehingga RM20,000, kehilangan deposit perjalanan sehingga RM1,000 dan kehilangan nilai di dalam kad sehingga RM300.

Kriteria:

  • Berumur 15–17 tahun.
  • Mempunyai alamat surat-menyurat di Malaysia.
  • Permohonan oleh ibubapa sendiri.
nota kaki:
Apabila anda memiliki debit card pulse, anda boleh bergaya seperti orang dewasa yang memiliki credit card.
:)

Jalur Lebar Menjimatkan Wang Saku Saya

Benarkah jalur lebar menjimatkan wang saku? Agak janggal rasanya, seperti semua orang sedia maklum kita terpaksa membayar wang setiap bulan untuk perkhidmatan jalur lebar dan bagaimana pula ia boleh menjimatkan wang saku saya. Apa yang saya maksudkan ialah mengenai hobi saya iaitu membaca komik atau di kenali sebagai manga. Jika sesiapa yang tidak mengetahui apa itu manga ia bermaksud dari perkatan jepun yang membawa erti seperti berikut:- Manga (漫画) adalah perkataan Jepun untuk komik (bukan berbentuk animasi, merujuk kepada kartun yang dicetak); di luar Jepun, ia merujuk khas kepada komik Jepun. Manga dihasilkan dari gabungan ukiyo-e dan gaya lukisan barat. Biasanya manga dilukis dalam bentuk hitam putih (kecuali kulitnya).

Jika sebelum ini saya terpaksa membelanjakan perpuluh-puluh ringgit setiap bulan untuk membeli manga di kedai, tetapi dengan adanya jalur lebar saya hanya boleh memuat turun sahaja secara percuma. Menarik bukan, selain dapat menjimatkan wang saya boleh memuat turun berbagai jenis atau judul manga yang terdapat di internet. Dimana pada masa sekarang terdapat beratus-ratus judul manga berada di pasaran. Manga kegemaran saya ialah naruto.

ini adalah buku manga yang dijual di kedai buku



ini pula manga yang saya muat turun dari internet



ini adalah laman web yang biasa saya muat turun
untuk mendapatkan manga

Menjana Pendapatan Melalui Iklan Dengan Jalur Lebar

Perlukan wang saku untuk belanja sekolah? Mungkin ramai yang tidak tahu membina laman web atau blog bukan sekadar hobi atau suka-suka sahaja. Sebenarnya ia boleh menjana pendapatan kepada pemilik laman web atau pemilik blog tersebut. Antara iklan yang di internet yang terkenal di negara kita ialah google adsense dan Nuffnang. Bagaimana saya sebagai pemilik blog boleh mendapat pendapatan melalui blog? Jawapannya mudah sahaja. Sebagai contohnya ialah google adsense, di mana pengiklan atau penjual produk membayar kepada pihak google untuk mengiklan produk mereka. Saya sebagai pemilik blog pula akan meletakkan iklan produk tersebut melalui kod yang yang diberikan oleh pihak google ke dalam blog saya. Iklan tersebut akan terpapar di dalam blog saya. Apabila pengunjung blog saya klik iklan tersebut saya akan mendapat bayaran daripada pihak google. Jadi untuk mendapatkan pendapatan yang banyak kita perlu mengiklankan blog kita kepada orang ramai supaya ia ramai dikunjungi dan keberangkalian ramai yang akan klik pada iklan tersebut. Untuk itu anda perlu bekerja keras untuk menghasilkan blog yang hebat dan digemari oleh pengunjung supaya ia sentiasa dilawati oleh orang ramai.

Walaubagaimana pun google adsense sesuai untuk blog balam Bahasa Inggeris . Ini kerana google adsense tidak berapa sesuai dengan blog Bahasa Malaysia. Tetapi untuk blog Bahasa Malaysia kita masih lagi berpeluang meletakkan iklan seperti yang di tawarkan oleh Nuffnang seperti apa yang saya lakukan pada blog saya ini. Mulakan hari ini! anda akan mendapat wang saku setiap bulan seperti yang dilakukan oleh "blogger ini" yang menjana pendapatan RM3,000 sebulan melalui Nuffnang.


contoh iklan oleh google adsense


contoh iklan oleh Nuffnang


contoh bayaran dari iklan oleh Nuffnang

Jom Cari Kawan!

Dengan jalur lebar juga, saya dapat berhubung dengan rakan-rakan yang lain tidak kira dimana mereka berada selagi adanya perkhidmatan jalur lebar untuk digunakan. Selain itu, saya memperoleh ramai kawan di serata dunia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Sehubungan dengan itu, saya juga dapat pelbagai maklumat mengenai cara kehidupan mereka daripada negara luar seperti German, Perancis dan Jepun. Saya memperoleh ramai kawan melalui facebook, myspace dan twitter. Facebook adalah diantara jaringan yang paling popular pada masa kini. Ini kerana facebook membolehkan saya mencari rakan-rakan saya yang sama sekolah di sekolah rendah dahulu. Di facebook, saya juga dapat berkongsi pelbagai maklumat mengenai pembelajaran saya dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya, saya boleh "posting" (menghantar) soalan sejarah yang tidak dapat saya selesaikan di profil facebook saya dan rakan-rakan di situ akan menolong saya menyelesai soalan tersebut jika mereka mempunyai jawapannya.


facebook


myspace


twitter

Anda juga boleh mencari saya di facebook dan myspace:
  • ameellineum@gmail.com (facebook)
  • ameellineum@yahoo.com (myspace)

Sabtu, 6 Mac 2010

Bagaimana Jalur Lebar Membantu Perniagaan Ibu Saya?

Ibu saya adalah seorang kerani di sebuah universiti swasta di Kuantan dan secara sambilan mengusahakan perniagaan kek cawan (cup cake) yang pada masa ini sangat famous di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pada masa dulu, ibu saya mengalami masalah untuk mempromosikan kek cawannya tetapi sekarang masalah ibu saya telah dapat diselesaikan dengan penggunaan jalur lebar yang telah saya cadangkan kepadanya. Oleh itu, ibu saya dapat mempromosikan produknya dengan lebih mudah dan berkesan. Ibu saya menggunakan blogspot untuk memaklumkan segala perkara yang berkaitan dengan penempahan dan pembikinan yang telah dilakukan dalam perniagaannya.


salah satu contoh kek cawan
yang dipromosikan oleh ibu saya



blog ibu saya

Kesimpulannya, jalur lebar banyak membantu perniagaan ibu saya dimana 80% tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan-pelanggan yang memperoleh maklumat melalui internet. Jika anda berminat, anda juga boleh melayari blog ibu saya di manisdoven.blogspot.com.

Bayar Bil Di Rumah?

Dengan adanya komputer dan broadband di rumah, sudah tentu. Sekarang kita boleh membayar bil eletrik, air, telefon dengan hanya duduk di rumah tanpa perlu mengambil nombor giliran, tanpa beratur panjang dan tanpa perlu berpanas. Caranya, kita perlu masuk ke laman web perbankkan yang menyediakan pembayaran bil secara online seperti cimbclicks, maybank2u, hsbc bank dan sebagainya. Untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran bil secara online ini, pastikan anda mempunyai akaun bank terdahulu. Seterusnya, anda hanya perlu mendaftar masuk akaun anda dan mengikut langkah-langkah yang telah dinyatakan dengan jelas bagi pembayaran bil yang hendak dilakukan.


www.cimbclicks.com.my


www.maybank2u.com.my


www.hsbc.com.my

Selain itu, bukan setakat perkhidmatan pembayaran bil, malahan menambah nilai kredit telefon bimbit ataupun ingin menjelaskan cukai pintu dan sebagainya juga turut disediakan.


contoh pembayaran yang dilakukan
oleh saya menggunakan cimb click

Rabu, 24 Februari 2010

Masa Untuk Berhibur

Semua orang tahu mengenai laman youtube yang telah menjadi fenomena pada masa ini. Dikhabarkan seramai 2 bilion pengguna melayari youtube setiap hari. Apa yang hendak saya kongsikan ini adalah tentang perisian yang digunakan untuk memuat turun video daripada youtube. Apa yang menarik tentang perisian ini, ianya percuma dan selain memuat turun video, ianya juga berfungi sebagai "converter" di mana ia berkemampuan mengubah sebarang format video seperti format flv, format mp4, format MOV, format AVI, format MP3, Format WMV dan sebagainya. Dengan fungsi yang mampu mengubah kepada sebarang format video, anda bolehlah memuat turun video ke dalam telefon bimbit, iPod, PSP atau MP4 player. Perisian yang saya maksudkan ialah "youtube downloader", anda boleh memperolehi perisian tersebut di sini. Peringatan pastikan anda memuat turun video-video yang dibenarkan sahaja dan tidak menyalahi undang-undang. Jalur lebar telah mengubah cara kita untuk berhibur, jika tidak sebelum ini kita hanya melihat video melalui television atau pemain DVD sahaja.


perisian youtube downloader


Mencari Maklumat Dan Nota-Nota Kerja Sekolah

Zaman sudah berubah, jika dulu bila diarahkan cikgu untuk membuat folio, nota, mencari maklumat dan sebagainya maka bertimbunlah akhbar-akhbar lama, majalah, buku-buku rujukan dan ensiklopedia dikumpulkan. Selain memakan masa untuk menyemak satu persatu artikal yang berkaitan ia juga memerlukan ketekunan. Pada pendapat saya laman http://en.wikipedia.org adalah tempat terbaik untuk mencari rujukan. Di laman tersebut juga mempunyai info dalam versi bahasa melayu. Jika info atau maklumat dalam bahasa English tidak menjadi masalah ini kerana saya boleh menterjemahkannya dalam bahasa melayu melalui laman ini http://translate.google.com


laman web Wikipedia yang banyak kandungan maklumat



Kaedah mudah mencari maklumat.
  • Pada saya google adalah search engine yang terbaik.
  • Cara mudah untuk mencari (search) maklumat, sebagai contoh anda di kehendaki mencari keratan akhbar atau berita tentang kemalangan jalan raya di laman web Utusan Malaysia.
  • Apa yang anda perlu lakukan ialah taip "site:utusan.com.my kemalangan jalan raya" pada ruangan search pada laman google. Secara automatik maklumat berkaitan akan keluar dipaparan anda.
  • Dengan menggunakan kaedah tersebut anda akan memperolehi maklumat yang tepat, tersusun mengikut tarikh dan lebih mudah.

Jalur Lebar Membantu Pembelajaran Saya

Sebagai seorang pelajar saya perlu mengulangkaji pelajaran saya, selain dari bergantung kepada buku-buku latihan di sekolah saya menggunakan jalur lebar untuk memuat turun (download) latihan dan soalan-soalan di internet. Apa yang menarik, kebanyakan soalan-soalan yang terdapat di internet tidak terdapat di kedai-kedai buku. Sebagai contoh saya boleh mendapatkan soalan-soalan daripada sekolah-sekolah yang lain di seluruh Malaysia. Selain itu, di internet juga saya boleh mendapatkan soalan SPM pada tahun-tahun sudah. Selain ianya percuma, ianya juga mudah untuk dimuaturun. Kebiasaannya soalan tersebut di muaturun dalam format file PDF. Berikut adalah laman-laman internet yang selalu saya kunjungi untuk mendapat latihan dan soalan SPM.


http://www.tutor.com.my


http://soalanpercubaanspm.freevar.com


http://www.banksoalanspm.com

Sabtu, 20 Februari 2010

Intro

Assalamualaikum semua........ Saya Ameellineum, itu adalah "nickname" yang saya gunakan di dunia siber. Nama sebenar saya ialah Shiekh Ameer Hamizan Bin Sheikh Khirul Anuar. Perkataan Ameellineum adalah gabungan daripada nama saya iaitu Ameer dan perkataan Millineum, secara tidak langsung membuktikan bahawa saya begitu meminati sains dan teknologi lebih-lebih lagi internet.

Saya mula terdedah dengan internet sejak dari sekolah rendah lagi, saban hari saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam setiap hari melayari internet. Pada pendapat sesetengah pihak, internet banyak merugikan dan membuang masa, tetapi tidak kepada saya. Pada saya internet sangat berfaedah jika digunakan secara bijak dan dapat membantu mempermudahkan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dari segi pembelajaran.

Dengan adanya jalur lebar saya dapat melakukan pelbagai aktiviti dan di dalam blog ini saya akan memberikan tip-tip yang berfaedah dan berguna dan menceritakan pengalaman-pengalaman saya selama menceburi dalam bidang dunia siber ini untuk dikongsikan dengan pembaca semua.