Tajuk ini agak menarik untuk dikongsikan dengan semua, lebih-lebih lagi remaja seperti saya. Seperti semua maklum, jika hendak membeli belah atau memesan barangan yang dijual di internet kita memerlukan transaksi perbankkan atau kredit kad. Bagaimana pelajar seperti saya yang berumur 17 tahun ingin mendapatkan kredit kad sedangkan saya masih lagi dibawah umur dan tidak mempunyai pendapatan tetap? Jawapannya sangat mudah, anda boleh dapatkan debit kad. Terdapat banyak bank yang menawarkan debit kad tetapi untuk mendapatkannya anda perlu membuka akaun terlebih dahulu dan untuk membuka akaun anda memerlukan wang sebagai syaratnya.
Apa yang hendak saya kongsikan ini ialah anda boleh mendapatkkan debit kad visa tanpa perlu pergi ke bank dan hanya perlu membayar caj permulaan sebanyak RM12.00 sahaja. Debit card yang saya maksudkan ialah card pulse yang di keluarkan oleh Tunemoney.com.
Pulse Card
Berita baik untuk para remaja! Pulse Card adalah kunci kebebasan anda! Direka khas untuk remaja dan para pelajar, ia selamat dan merupakan cara yang terbaik bagi pengurusan kewangan. Ia menghadkan perbelanjaan berdasarkan nilai baki yang ditambah supaya anda tidak boros berbelanja.
Pulse Card mempunyai ciri-ciri yang menarik, nilai terhebat dan pekej insurans yang unik bagi setiap pemegang kad. Ibubapa anda juga dapat memantau perbelanjaan anda melalui sistem pantauan transaksi online kami. Jadi, berbelanjalah dengan bijak!
Kad Prabayar Remaja
- Pulse Card bukanlah kad kredit.
- Ia adalah kad prabayar dimana anda tidak perlu lagi untuk membawa wang ketika berbelanja, sebaliknya anda boleh memilih untuk membawa kad ini dan ini membuatkan ia lebih selamat digunakan.
- Kad ini bukan sahaja memberi khidmat keselamatan, ia juga menawarkan kemudahan kepada anda. Hanya dengan satu klik mudah, anda boleh mengetahui jumlah perbelanjaan dengan menyemak akaun melalui portal TM.
- Pulse Card juga adalah kad Visa, jadi ia diterima di mana saja termasuk 29 juta cawangan di seluruh dunia yang menawarkan khidmat Visa.
- Tambahan Nilai:
- Di kaunter CIMB dan Bank Simpanan Nasional
- Melalui FPX
- Pengeluaran tunai melalui mesin ATM.
- Perlindungan insurans termasuk liputan PA sehingga RM20,000, kehilangan deposit perjalanan sehingga RM1,000 dan kehilangan nilai di dalam kad sehingga RM300.
Kriteria:
- Berumur 15–17 tahun.
- Mempunyai alamat surat-menyurat di Malaysia.
- Permohonan oleh ibubapa sendiri.
Apabila anda memiliki debit card pulse, anda boleh bergaya seperti orang dewasa yang memiliki credit card. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan